Bangladesh, India dan Sri Lanka sambut Aidilfitri pada Sabtu

Bangladesh, India dan Sri Lanka sambut Aidilfitri pada Sabtu

New Delhi: Umat Islam di Bangladesh, India dan Sri Lanka akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu (21 Mac).

Menteri Hal Ehwal Agama Bangladesh Kazi Shah Mofazzal Hossain Kaikobad berkata anak bulan Syawal bagi tahun 1447H tidak kelihatan pada Khamis.

“Aidilfitri akan disambut pada Sabtu,” katanya.

Di bandar Hyderabad, India, jawatankuasa cerapan anak bulan Majlis Ulama Islam Deccan mengumumkan bahawa Aidilfitri akan disambut pada Sabtu.

Sementara itu, umat Islam di Sri Lanka akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, menurut Masjid Besar Colombo.

Bagaimanapun, sambutan yang menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan itu akan diraikan di Arab Saudi, Turkiye, Maldives dan beberapa negara lain pada Jumaat.

Aidilfitri disambut dengan solat berjemaah pada waktu pagi diikuti amalan tradisi seperti saling bermaafan bersama rakan dan keluarga, perjumpaan sosial serta jamuan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top