Rumah Terbuka Aidilfitri MB Pahang diadakan di Temerloh Ahad ini

Rumah Terbuka Aidilfitri MB Pahang diadakan di Temerloh Ahad ini

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Orang ramai dijemput memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Pahang yang diadakan pada Ahad ini di Dewan Sri Lanchang, Temerloh.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, majlis bermula jam 9.30 pagi hingga 2 petang.

“Sempena kemeriahan Syawal, saya menjemput seluruh masyarakat untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri.

“Mari kita bersama-sama memeriahkan suasana Aidilfitri dengan penuh kemesraan, ukhuwah dan kegembiraan,” katanya dalam satu poster di Facebooknya.

Sementara itu, menurut Media Pahang, sambut Aidilfitri tahun lalu diadakan di Felda Chini.

“Tahun ni kita buat di Lanchang. Hari raya kedua. Tahun lepas kita buat di Felda Chini. Semua dijemput hadir.

“Macam biasa. Nak ajak rumah ke rumah susah jadi kita buat rumah terbuka,” katanya yang memetik laporan Media Pahang.

Rumah terbuka di Dewan Sri Lanchang itu dimeriahkan dengan persembahan Azlan Typewriter, Zaki Yamani, Wanie Sidek serta kombo Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.

Pada 16 Mac lalu, Kerajaan Pahang menyatakan akan membincangkan perkara mengenai penganjuran rumah terbuka Aidilfitri dalam mesyuarat EXCO sama ada bakal mengikut langkah Kerajaan Pusat untuk tidak menganjurkan sambutan itu.

Wan Rosdy dilaporkan berkata kerajaan negeri belum membuat sebarang penetapan sama ada perlu membatalkan majlis rumah terbuka dalam kalangan agensi kerajaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top