Kes Suami Belasah Isteri: Suspek Dicekup Di Tempat Persembunyian, Rupanya Ada 4 Rekod Jenayah

Kes Suami Belasah Isteri: Suspek Dicekup Di Tempat Persembunyian, Rupanya Ada 4 Rekod Jenayah

Trending

Kes suami belasah isteri di Melaka, suspek dicekup hasil maklumat risikan.


Selepas beberapa hari mencetuskan kemarahan ramai, seorang suami yang bertindak ganas membelasah isterinya akhirnya berjaya ditahan polis.

Insiden yang berlaku di hadapan sebuah premis hiburan keluarga di Kota Shahbandar, Melaka itu sebelum ini tular di media sosial, memaparkan tindakan kejam suspek yang langsung tidak berperikemanusiaan.

Suspek diberkas di Jasin hasil risikan polis

Pukul 1

Lapor Buletin TV3, suspek berusia 22 tahun yang berasal dari Telok Mas berjaya diberkas kira-kira jam 11 pagi di sebuah rumah di Taman Seri Kemendor, Jasin.

Hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis berjaya mengesan suspek di lokasi itu. Penahanan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Cawangan D8 dan D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Ada 4 rekod jenayah termasuk kes dadah

Suami

Siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai penghantar barang mempunyai empat rekod jenayah lalu, termasuk dua kes berkaitan dadah.

Kini, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Melaka Tengah atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pssttt! Keganasan rumah tangga bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Apa jua masalah dalam rumah tangga, keganasan bukan jalan penyelesaian. Semoga mangsa mendapat keadilan dan suspek dikenakan hukuman setimpal agar menjadi pengajaran kepada semua.

Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top