Kuala Lumpur: Pelari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi meraih tempat kedua acara 100 meter (m) pada kejohanan Yellow Jacket Invitational di Atlanta, Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.
Pemegang rekod kebangsaan 100m itu menamatkan perlumbaan pertamanya bagi acara itu untuk musim ini dengan catatan masa 10.33 saat (s).
Tempat pertama dimenangi wakil tuan rumah, Cameron Crump dengan catatan 10.20s manakala tempat ketiga milik atlet Zimbabwe. Makanakaishe Charamba 10.34s.
Muhammad Azeem dijangka menyertai kuartet 4x100m Universiti Auburn pada kejohanan itu, selain mengambil bahagian perlumbaan 200m yang dijadualkan berlangsung awal pagi nanti.
© New Straits Times Press (M) Bhd



