Oh! Negara
Anwar Ibrahim tegur pihak politikkan kenaikan harga minyak global, kerajaan kekalkan harga terkawal demi rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur tindakan segelintir pihak yang mempolitikkan isu kenaikan harga minyak global. Menurutnya, situasi ini sebenarnya berpunca daripada krisis antarabangsa yang berada di luar kawalan negara.
Ohmedia nampak, dalam keadaan dunia sedang bergolak dengan ketegangan geopolitik, masih ada yang terus menyalahkan kerajaan tanpa memahami realiti sebenar di peringkat global.
Anwar Ibrahim tegaskan kenaikan harga minyak akibat krisis global

Anwar menjelaskan bahawa konflik di Asia Barat termasuk melibatkan Iran serta serangan peluru berpandu dan dron telah memberi kesan besar terhadap laluan minyak dan gas dunia.
Antara yang terjejas adalah di Selat Hormuz yang menjadi laluan penting bekalan tenaga global.
Bila laluan ini terganggu, harga minyak dunia memang akan meningkat dan perkara ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi memberi kesan kepada banyak negara lain.
Ada orang guna kesempatan ini dalam keadaan ekonomi jatuh, minyak tersekat. Bukan salah kita, tetapi masih ada lagi beberapa orang pembangkang maki hamun kita dalam keadaan sekarang. Dunia politik ini perlu terkawal dan sepatutnya semua pakat mencari penyelesaian.- Katanya.
Kerajaan kekalkan harga terkawal demi rakyat

Dalam masa sama, kerajaan tetap berusaha mengekalkan harga bahan api pada kadar terkawal walaupun banyak negara lain sudah menaikkan harga. Ini bagi memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan kenaikan kos hidup.
Langkah ini menunjukkan kerajaan masih cuba melindungi kebajikan rakyat walaupun berdepan tekanan ekonomi global yang tidak menentu.
Usaha pastikan bekalan minyak mencukupi

Kerajaan juga telah mengadakan mesyuarat khas bersama Majlis Keselamatan Negara serta berbincang dengan Petronas bagi memastikan bekalan minyak dan gas sentiasa mencukupi. Setakat ini, bekalan dijangka mampu bertahan sehingga Mei.
Selain itu, Malaysia turut berhubung dengan pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri India Narendra Modi dan negara ASEAN untuk membantu meredakan ketegangan. Malaysia juga kekal dengan pendirian berkecuali dan menolak sebarang bentuk keganasan.
Pssttt! Kadang-kadang kita cepat sangat salahkan kerajaan bila harga naik, tapi hakikatnya banyak faktor luar yang kita tak nampak. Korang cuba faham situasi global dulu sebelum buat kesimpulan, sebab dalam dunia sekarang, semua benda memang saling berkait.
Kredit: BERNAMA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




