Pelakon Emma Maembong berkata dia memilih untuk menyambut Aidilfitri bersama bekas suami demi memastikan anak-anaknya membesar dengan kasih sayang.
Memetik Xtra, Emma berkata dia tidak mahu anak-anak merasakan keluarga mereka berbeza meskipun dia dan bekas suami sudah berpisah.
BACA: “Saya Tak Lagi Bersama Dia” – Dj Kidd, Emma Maembong Dah Berpisah?
“Saya tak nak anak-anak rasa berbeza… walaupun kami dah tak bersama, mereka tetap perlu rasa ada keluarga yang lengkap,” katanya.
Sementara itu, Emma berkata dia pernah melalui pengalaman ketika kecil tidak memiliki gambar keluarga yang lengkap serta pernah melukis sendiri gambar keluarga.
Dalam pada itu, Emma berkata dia dan bekas suami akan mengenakan pakaian sedondon dengan anak-anak untuk bergambar serta mencipta memori bersama.
“Tahun ini kami tetap akan ambil gambar bersama. Bagi saya, itu penting supaya anak-anak tahu tiada apa yang berubah.
“Dulu saya tahu macam mana perasaan tak ada gambar keluarga lengkap… sebab itu saya tak nak anak-anak rasa benda yang sama. Duit boleh dicari, tapi kenangan itu yang akan kekal,” katanya.
Sumber: Xtra




