Setengah jam tahan sakit tangan tersepit

Setengah jam tahan sakit tangan tersepit

bhnews@bh.com.my

MUAR: Lelaki terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit selepas pergelangan tangan kanannya tersepit pada besi dapur masak di sebuah premis perniagaan di Jalan Temenggong dekat sini, hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penguasa Bomba Kanan II Zuraimi Harun, berkata berdasarkan maklumat awal, mangsa sedang mencuci dapur berkenaan sebelum tangannya tersepit, kira-kira jam 3.30 petang.

“Sepasukan 13 anggota dari BBP Muar bersama satu jentera, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

“Kami mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan tangannya menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top