Fedtri Yahya tegur individu dakwa tuan rumah pemalas guna peralatan pakai buang – “Jangan dibawa biasan syaitan”

Fedtri Yahya tegur individu dakwa tuan rumah pemalas guna peralatan pakai buang – “Jangan dibawa biasan syaitan”

Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya, tampil memberikan sedikit teguran kepad orang ramai supaya menjaga adab serta tutur kata ketika berkunjung ke rumah sempena Hari Raya Aidilfitri.

Jangan dibawa biasan syaitan

Screenshot

Menerusi perkongsian di Threads, tular seorang pengguna yang berkongsi luahan seorang tetamu tidak berpuas hati dengan tindakan tuan rumah menghidangkan makanan menggunakan pinggan pakai buang.

Dalam perkongsian tersebut, individu berkenaan turut melabel tuan rumah terbabit sebagai seorang yang pemalas dan berpendapat penggunaan peralatan pakai buang tidak wajar ketika menerima tetamu.

“Jenis pemalas memang akan guna cawan pinggan pakai buang. Aku kalau pergi beraya dapat macam ini, memang aku tak makan. Ingat aku kucing ke? Kucing pun makan atas pinggan kaca,” tulis individu berkenaan.

Ciapan itu kemudian menarik perhatian Fedtri atau nama penuhnya Ahmad Fedtri Yahya, 45, yang mengambil kesempatan memberi nasihat secara terbuka ketika berkunjung ke rumah orang sepanjang hari perayaan.

“Datang sebagai tetamu, buatlah cara tetamu. Jangan diturut api emosi.
“Bawalah mahabbah bukan musibah. Diundang itu tanda ingatan, jangan dibawa biasan syaitan.
“Ziarah tercipta sekali-sekala. Jangan yang tinggal serpihan bala,” tegurnya.

Artikel lain: Iftar di masjid usaha imarahkan rumah Allah, bukan tanda kebulur – Fedtri Yahya

Sebelum ini, Fedtri menegur sikap segelintir masyarakat yang memandang sinis terhadap individu yang memilih untuk berbuka puasa di masjid sepanjang Ramadan.

Tambahnya, amalan berbuka di masjid bukanlah gambaran seseorang itu tidak berkemampuan, sebaliknya ia merupakan salah satu usaha untuk mengimarahkan rumah Allah.

Sumber: Threads fedtriyahya

Scroll to Top