Saling memberi, Fazura tak kisah dapat duit raya RM1 – “Bukan jumlah yang penting tapi usaha dan keikhlasan”

Saling memberi, Fazura tak kisah dapat duit raya RM1 – “Bukan jumlah yang penting tapi usaha dan keikhlasan”

Pelakon terkenal Fazura menegaskan bahawa jumlah duit raya bukanlah ukuran utama dalam meraikan Aidilfitri, sebaliknya keikhlasan dan usaha yang jauh lebih bermakna.

Tak kisah duit raya RM1

Menerusi klip video yang dikongsikan semula di TikTok, Fazura berkata amalan saling memberi sudah memadai walaupun dengan amaun yang kecil, asalkan ia datang daripada niat yang baik.

“Duit raya tak kisah. Kita saling memberi pun sudah memadai. Seringgit seorang pun tidak mengapa. Bila sudah bersampul, buka dan dapat seringgit pun tak apa. Betul kan?
“Bukan jumlah yang penting, tetapi usaha dan keikhlasan. Yang penting adalah ingatan dan niat,” katanya.

Tambahnya lagi, nilai sebenar pemberian itu terletak pada ingatan serta usaha untuk menggembirakan orang lain, bukan pada besar atau kecil jumlah yang diberikan.

Terdahulu, tular seorang pengguna media sosial meluahkan penghargaan terhadap Fazura, berkata suaminya kini tidak lagi terlepas memberi duit raya setiap kali Aidilfitri setelah pelakon itu membangkitkan isu tersebut.

Artikel lain: Netizen puji jasa besar Fazura! Dedah suami tak pernah ‘skip’ beri duit raya selepas isu dibangkitkan

Fazura sebelum ini mendedahkan beliau dan anaknya, Nur Fatima Aisya, tidak pernah menerima duit raya daripada bekas suaminya, Fattah Amin, sepanjang empat tahun perkahwinan mereka.

Pelakon itu berkata beliau pelik kerana bekas suaminya berpendapatan tinggi dan menerima pelbagai tajaan jenama, namun perkara itu tidak pernah berlaku.

Sekadar info, Fazura dan Fattah sah bercerai pada 7 Oktober 2024, selepas berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 6 tahun.

Sumber: TikTok fariza_zairul

Scroll to Top