Cubaan kirim warga emas melalui kurier terbongkar

Cubaan kirim warga emas melalui kurier terbongkar
Cubaan kirim warga emas melalui kurier terbongkar

Tangkap layar CCTV memaparkan kejadian itu turut menjadi tular. – FOTO: Agensi

BENGALURU – Dalam kejadian aneh, sebuah keluarga didakwa cuba ‘mengepos’ seorang lelaki warga emas.

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden itu yang berlaku di Vyalikaval di Bengaluru pada minggu lalu turut menjadi tular.

Lima sekeluarga dilihat memasuki pejabat perkhidmatan kurier tempatan dan meminta staf menghantar ‘bungkusan’ yang dibawa oleh mereka.

Pergerakan dalam guni yang kelihatan mencurigakan menyebabkan kakitangan pejabat itu bertindak membukanya.

Mereka terkejut apabila mendapati seorang lelaki tua yang bergelut untuk bernafas.

Keluarga berkenaan tetap berkeras untuk menghantar ‘bungkusan’ tersebut melalui kurier malah sanggup membayar caj tambahan sehingga mencetuskan pertengkaran dengan staf itu.

Mereka kemudiannya beredar dari premis itu setelah kakitangan berkenaan membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Tidak lama selepas itu, keluarga tersebut tampil semula untuk memohon maaf dan mendakwa kejadian itu kononnya rekaan semata-mata untuk kandungan media sosial berkaitan kenaikan kos pengangkutan awam. – Agensi

 

Ringkasan AI

  • Sebuah keluarga didakwa cuba ‘mengepos’ seorang lelaki warga emas di Bengaluru
  • Rakaman CCTV menunjukkan insiden di pejabat kurier tempat mereka meminta menghantar ‘bungkusan’
  • Pergerakan dalam guni mencurigakan menyebabkan staf membukanya dan mendapati lelaki tua
  • Keluarga berkeras menghantar melalui kurier walaupun ditolak dan bersedia bayar caj tambahan
  • Keluar dan minta maaf selepas aduan dibuat, mendakwa kejadian itu rekaan untuk media sosial mengenai kenaikan kos pengangkutan awam
Scroll to Top