Menginjak ke fasa dewasa ni, jujur cakap memang mencabar. Setiap kali hari gaji, perasaan gembira tu biasanya bertahan selama beberapa jam je, lepas tu mula murung balik sebab baki semakin berkurang.
Ya lah, ‘adulting’ ni banyak komitmen, nak kena bayar bil, ansuran kereta, sewa rumah, insurans, dan banyak lagi lah. Belum cerita bab perbelanjaan…
Bila kita ternampak barangan yang kita dah lama idamkan, nanti mulalah kita bermonolog dengan diri sendiri, “Patut ke ek aku beli?” atau “Eh, bazirlah kalau beli sekarang”. Fikiran mula runsing dan kesudahannya, tak jadi beli pun.
Tahu tak sebenarnya korang boleh je berbelanja ikut kemahuan, tanpa perlu rasa serba salah tau. Kalau nak tahu macam mana, meh sini kami kongsikan.
Beli Sekarang, Bayar Kemudian Dengan PayLater by Grab
“Beli sekarang, bayar kemudian? Berbaloi ke?”, kami yakin mesti korang terfikir macam ni kan? Tak dinafikan, kebanyakkan orang mempunyai tanggapan yang salah terhadap belanja secara ansuran, menganggap yang ia adalah satu bebanan.
Tapi tahu tak, PayLater by Grab ni sebenarnya fleksibel dan sesuai untuk korang mengurus aliran tunai tau! Ia menawarkan 3 jenis ansuran bayaran seperti:
– ansuran 4 bulan
– ansuran 8 bulan
– ansuran 12 bulan
Dengan ansuran ini, korang boleh bayar ikut kemampuan dan dalam masa sama korang masih lagi ada ruang untuk menyimpan. Baguskan?
Tak cukup dengan itu, apa yang membuatkan PayLater by Grab ni berbaloi adalah ia menawarkan diskaun menarik tau.
Menerusi tawaran PayLater PayDay Deals, setiap perbelanjaan minima RM100, korang boleh tebus potongan harga RM10! Macam mana nak tebus, ikut langkah mudah di bawah:
Langkah 1: buka aplikasi Grab dan klik pada tab ‘Shopping’
Langkah 2: cari kedai pilihan dan pilih barang yang ingin dibeli
Langkah 3: apabila anda nak bayar, pilih ‘PayLater by Grab’ sebagai kaedah pembayaran
Langkah 4: klik ‘Add Offer’ dan masukkan kod PLPAYDAY10 sebelum anda mulakan bayaran

Senangkan? Lagi best, kalau korang belanja lebih RM200, korang berpeluang untuk menikmati sehingga 2x GrabCoins.
Dengan GrabCoins ni, korang boleh gunakan untuk menebus diskaun makanan di GrabFood atau potongan tambang Grab pada masa akan datang. Haa, kan dah jimat tu!
Jangan Biarkan Tekanan ‘Adulting’ Buatkan Korang Lupa Hargai Diri Sendiri
Tak semua “Beli sekarang, bayar kemudian” ni membebankan. Dengan PayLater by Grab ni, korang bukan saja diberi fleksibiliti, malah ada tawaran dan diskaun menanti, membuatkan ia lebih berbaloi.
Self reward ni bukanlah satu perkara yang merugikan, malah sebagai tanda yang korang menghargai diri dengan segala usaha dan penat lelah bekerja. Jadi, tak salah pun nak self reward sekali sekala.
Guna saja PayLater by Grab untuk membeli dengan bijak, mengurus aliran tunai dengan tenang dan paling penting, ada simpan untuk masa depan.
Tunggu apa lagi? Jom cuba PayLater by Grab sekarang dan nikmati tawaran tersedia, sah dari 25 hingga 31 Mac 2026.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Grab, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini!
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.




