COPENHAGEN, Denmark, March 24, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) — Kajian klinikal yang diterbitkan dalam Nutrients menunjukkan, susu formula bayi yang mengandungi Lacprodan® IF-3070 oleh Arla Foods Ingredients diterima baik tanpa masalah keselamatan. Penunjuk pertumbuhan serta perkembangan mereka kekal dalam julat normal.1 Penemuan ini memberikan bukti saintifik penting untuk pembangunan formula dalam pemakanan pada peringkat awal kehidupan.
Lacprodan® IF-3070 ialah protein whey separa terhidrolisis yang diformulasikan khusus untuk menyokong keselesaan gastrointestinal dalam kalangan bayi sihat.
Kajian ini, yang memfokuskan keselamatan dan hasil pertumbuhan, melibatkan 251 bayi baru lahir berumur kurang daripada 14 hari dari enam hospital di China. Peserta kajian dibahagikan secara rawak untuk menerima sama ada susu formula standard berasaskan protein penuh atau formula dengan gabungan protein penuh dan Lacprodan® IF-3070 (sekitar 40%). Bayi disusukan secara eksklusif dimasukkan sebagai rujukan.
Selepas enam bulan, perbezaan purata pertambahan berat badan harian antara kumpulan Lacprodan® IF-3070 dan kumpulan bayi yang disusukan dengan susu ibu didapati hanya 0.4 gram sehari. Sebagai perbandingan, kumpulan formula standard menunjukkan perbezaan purata pertambahan berat badan sebanyak 1.1 g/hari berbanding kumpulan rujukan penyusuan susu ibu. Ini menunjukkan bahawa trajektori pertumbuhan bayi yang menerima formula Lacprodan® IF-3070 lebih hampir kepada kumpulan bayi yang disusukan dengan susu ibu.
Dari segi toleransi, tiada perbezaan signifikan dalam kejadian kesan sampingan (termasuk gangguan gastrointestinal seperti muntah atau enggan makan, penyakit pernafasan seperti batuk, serta masalah kesihatan umum seperti demam) antara kumpulan Lacprodan® IF-3070 dan kumpulan bayi yang disusukan dengan susu ibu. Sebaliknya, kejadian gangguan gastrointestinal adalah lebih tinggi secara signifikan dalam kumpulan formula standard berbanding kumpulan bayi yang menerima susu badan.
Lotte Neergaard Jacobsen, Ketua Saintis, Pemakanan Awal Kehidupan di Arla Foods Ingredients berkata: “Pertumbuhan yang sihat adalah faktor utama dalam pembelian susu formula bayi. Di Arla Foods Ingredients, kami mempunyai pengalaman berdekad-dekad dalam membangunkan hidrolisat protein susu berkualiti tinggi untuk formula bayi dan kami gembira kerana kajian klinikal pertama mengenai Lacprodan® IF-3070 telah mengesahkan bahawa ia menyokong pertumbuhan yang sihat.”
Lacprodan® IF-3070 merupakan sebahagian daripada portfolio hidrolisat Arla Foods Ingredients dan boleh digunakan di China serta Amerika Syarikat. Pada tahun 2024, FDA telah secara rasmi meluluskan penggunaan hidrolisat protein whey dalam susu formula bayi.
1 Shen Q, Jiang H, Mao S, Luo S, Hao Y, Liang W, He T, Jacobsen LN, Sheng N, Yin J, et al. An Infant Formula with Partially Hydrolyzed Whey and Intact Protein Demonstrates Adequate Growth and Safety: A 6-Month Randomized, Triple-Blind, Controlled Trial. Nutrients. 2026; 18(5):770.
Foto: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/35f801d3-580c-4fd5-af90-384d88666096




