24 Mac 2026 11:47pm
Masa membaca: 4 minit

Langkah berkenaan diambil susulan pelanggaran norma dan protokol diplomatik yang telah ditetapkan oleh Teheran antara kedua-dua negara. Foto Agensi
ISTANBUL – Lubnan menarik balik pentauliahan Duta Iran pada Selasa dan mengisytiharkan beliau sebagai persona non grata, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Lubnan memaklumkan Duta Iran, Mohammad Reza Shibani diberi tempoh sehingga 29 Mac ini untuk meninggalkan negara itu.
Kementerian itu juga telah memanggil pulang Duta Lubnan ke Iran, Ahmad Sweidan, untuk sesi perundingan.
Langkah berkenaan diambil susulan “pelanggaran norma dan protokol diplomatik yang telah ditetapkan oleh Teheran” antara kedua-dua negara, menurut kementerian itu.
Israel telah membedil Lubnan dengan serangan udara dan melancarkan serangan darat di selatan Lubnan sejak serangan rentas sempadan oleh kumpulan Hizbullah yang disokong Iran pada 2 Mac lepas.
Pihak berkuasa Lubnan menyatakan sekurang-kurangnya 1,039 orang telah terkorban manakala 2,876 lagi cedera dalam serangan Israel setakat ini. – Bernama-Anadolu
Ringkasan AI
- Lubnan menarik balik pentauliahan Duta Iran dan mengisytiharkan beliau sebagai persona non grata
- Duta Iran, Mohammad Reza Shibani perlu meninggalkan Lubnan menjelang 29 Mac
- Duta Lubnan ke Iran, Ahmad Sweidan, dipanggil pulang untuk perundingan
- Tindakan diambil kerana pelanggaran norma dan protokol diplomatik oleh Teheran
- Israel melancarkan serangan udara dan darat ke Lubnan, mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,039 terbunuh dan 2,876 cedera



