Oh! Artis
Kenyataan Alicia Amin isu tatu undang kecaman netizen selepas tegur sikap suka menghakimi di media sosial.
Isu tatu nampaknya masih belum reda apabila sekali lagi menjadi topik hangat di media sosial. Kali ini, kenyataan pempengaruh dan model terkenal, Alicia Amin pula mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian di Threads, Alicia Amin meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir netizen yang dilihat terlalu menghukum apabila bercakap tentang individu yang mempunyai tatu.
Kenyataan Alicia Amin dihentam netizen
Dalam masa sama, Alicia turut mempersoalkan kenapa isu tatu yang dianggap sebagai pilihan peribadi boleh menjadi bahan perdebatan besar di media sosial.

Menurutnya, setiap individu mempunyai sebab tersendiri dalam membuat keputusan terhadap tubuh badan mereka dan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menghukum.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak diterima sepenuhnya oleh netizen. Ramai netizen merasakan isu tatu bukan sekadar pilihan peribadi, sebaliknya melibatkan sensitiviti tertentu.


Pssttt! Isu ini jelas menunjukkan betapa sensitifnya perbincangan berkaitan tatu, lebih-lebih lagi bila melibatkan pandangan agama dan nilai masyarakat. Apa pun, mungkin kita semua perlu lebih berhati-hati dalam memberi pendapat agar tidak mencetuskan perbalahan yang tidak perlu. Hormat pandangan orang lain, tapi dalam masa sama jaga sensitiviti bersama.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




