Harga minyak turun susulan harapan usaha diplomatik di Asia Barat

Harga minyak turun susulan harapan usaha diplomatik di Asia Barat
Harga minyak turun susulan harapan usaha diplomatik di Asia Barat

Harga minyak global turun apabila minyak mentah Brent jatuh kepada AS$97 setong. Gambar hiasan

ISTANBUL – Harga minyak global turun apabila minyak mentah Brent jatuh kepada AS$97 setong ketika terbitnya harapan baharu untuk usaha diplomatik bagi meredakan ketegangan di Asia Barat, lapor Anadolu Ajansi.

Niaga hadapan minyak mentah Brent penanda aras antarabangsa didagangkan pada AS$98.2 setong setakat 0030 GMT pada Rabu.

Harga turun selepas keluar laporan mengenai rundingan baharu untuk menstabilkan rantau ini dan mencegah gangguan bekalan.

Laporan berita mendakwa Amerika Syarikat (AS) sedang mengusahakan gencatan senjata untuk memudah cara rundingan manakala The New York Times melaporkan Washington telah menghantar cadangan 15 perkara kepada Iran bagi menyelesaikan konflik itu.

Pada Selasa, harga minyak meningkat selepas Tehran menafikan terlibat dalam rundingan dengan AS dan memberi isyarat ia tidak berhasrat untuk memulihkan keadaan perkapalan di Selat Hormuz. – Bernama

Ringkasan AI

  • Harga minyak global turun apabila minyak mentah Brent jatuh kepada AS$97 setong
  • Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada AS$98.2 setong setakat 0030 GMT pada Rabu
  • Turun selepas laporan mengenai rundingan baharu untuk menstabilkan Asia Barat
  • AS sedang mengusahakan gencatan senjata dan menghantar 15 cadangan kepada Iran
  • Harga minyak meningkat selepas Tehran menafikan terlibat dalam rundingan dengan AS
Scroll to Top