Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila berkongsi momen bersama anak-anaknya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Beli beg Prada
Screenshot
Menerusi hantaran di Instagram, memperlihatkan anak kepada usahawan itu, Raudhah Arsyiyah sedang merajuk sambil menangis ketika berada di dalam kereta.
Menurut Aliff, Raudhah terasa hati kerana merasakan ayahnya sering melebihkan kakaknya, Qadejah El Zahra kerana lebih kerap menerima hadiah mewah berbanding dirinya.
“Raudhah merajuk sebab abah (Aliff Syukri) tak belikan beg untuk dia, asyik Cess (Qadejah) je dapat,” kongsi Aliff.
Susulan itu, Aliff membawa Raudhah bersama ahli keluarga lain ke sebuah butik berjenama bagi memujuknya dengan menghadiahkan sebuah beg tangan.
Bapa kepada enam cahaya mata itu turut berseloroh apabila menyifatkan anaknya sudah mula cenderung berbelanja besar walaupun usianya belum mencecah tujuh tahun.
Screenshot
“Budak sekarang pelik, tak sampai tujuh tahun dah pandai pau abah. Semoga anak abah jaga baik-baik beg ini,” jelasnya.
Tambah Aliff lagi, dia memberitahu tidak kisah untuk berbelanja besar demi anak-anak kerana mengakui tujuan bekerja keras untuk memberi kesenangan kepada mereka.
“Abah ni kadang-kadang dia kerja keras bukan untuk dia tapi untuk membahagiakan anak dia,” tambahnya lagi.
Artikel lain: Aliff Syukri perhabis RM250K untuk cat semula rumah – “Jangan salah percaturan seperti saya”
Terdahulu, usahawan itu mendedahkan kos mengecat keseluruhan kediamannya selepas hampir 10 tahun menelan kos sebanyak hampir RM250,000, sekali gus mengejutkan ramai pihak.
Menurutnya, dia sendiri berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk mengecat rumah berkenaan kerana kos yang terlalu tinggi dan hanya mengecat sendiri bahagian tertentu kerana tidak mampu menanggung kos keseluruhan sebelum ini.




