Penyanyi Fyna Jebat akhirnya tampil membuka mulut mengenai status rumah tangganya apabila mengesahkan dirinya masih isteri sah kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Zainal Abidin Hassan.
Belum bercerai lagi
Memetik laporan daripada mStar, Fyna atau Nur Shafinaz Jebat, 31, menyatakan, luahan penuh emosi yang dimuat naik sebelum ini sebenarnya ditujukan kepada suaminya kerana dia tidak lagi sanggup menyembunyikan perkara sebenar.
“Ya, luahan disimpan itu saya tujukan kepada suami saya Zainal Abidin. Kami sebenarnya belum cerai lagi dan sehingga sekarang saya masih isteri yang sah.
“Isteri pertama tidak tahu saya ini masih lagi isteri dia. Saya buat kenyataan tersebut adalah untuk kebaikan anak saya,” katanya.

Tak mampu tahan emosi
Menurut Fyna, dakwaan mengatakan mereka sudah bercerai adalah tidak benar, sebaliknya perkahwinan itu sebelum ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum termasuk isteri pertama Zainal.
Tambahnya, dia sudah tidak mampu menahan tekanan emosi apabila statusnya sebagai isteri terus disorok, sekali gus memberi kesan terhadap dirinya.
“Saya buat itu (hantaran) sebab memang tidak tahan dah. Lagi saya diam, lagi mental nanti. Jadi lebih baik saya lakukan itu.
“Takkan saya mahu berdiam diri sampai anak dah dewasa? Saya tidak mampu bertahan lagi sebab lambat laun orang akan tahu juga,” ujarnya.

Artikel lain: Fyna Jebat dedah 4 tahun jadi ‘simpanan’? Gesa individu jujur dengan isteri sah
Pada Rabu lalu, Fyna mencetuskan perhatian apabila meluahkan rasa kecewa terhadap seorang individu yang didakwa melampaui batas.
Malah, dia turut mendedahkan dirinya telah ‘disimpan’ selama empat tahun oleh individu berkenaan selain memberi bayangan terdapat perkara yang memberi kesan mendalam terhadap dirinya dan anak perempuannya, Puteri yang kini hampir berusia dua tahun.
Untuk rekod, Fyna mendirikan rumah tangga dengan Zainal Abidin pada tahun 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: mStar (Nazrin Zulkafli)




