“Yang Lama Dah Tak Sesuai, Tak Muat” – Imam Masjid Dikecam Letak QR Bank Nak Beli Jubah RM580

“Yang Lama Dah Tak Sesuai, Tak Muat” – Imam Masjid Dikecam Letak QR Bank Nak Beli Jubah RM580

Trending

PU Rahmat Ikhsan menegur seorang imam letak QR bank nak beli jubah dengan alasan kongsi rezeki dan pahala.


Tindakan seorang imam masjid yang membuka sumbangan untuk membeli jubah baharu menjadi perdebatan hangat di media sosial.

Walaupun niatnya dilihat sebagai membuka peluang pahala kepada orang ramai, namun ramai juga yang tampil memberi teguran dan pandangan berbeza terhadap cara yang digunakan.

“Saya nak beli jubah imam yang baharu…”

Menerusi hantaran di Thread, individu itu menjelaskan jubah lamanya sudah tidak lagi sesuai untuk dipakai.

Imam

Jadi dia membuka peluang kepada orang ramai yang mahu berkongsi rezeki dan mengutip saham akhirat.

Katanya, setiap kali jubah dipakai untuk imamkan solat dan ajar mengaji, pahala akan mengalir kepada para penyumbang.

Beliau turut menyediakan kod QR bagi memudahkan orang ramai menyumbang.

PU Rahmat beri teguran

Di ruangan balas, PU Rahmat tampil memberi teguran dan memohon perkongsian dipadam. Jelasnya, orang belajar agama perlu menonjolkan agama sebagai sebuah cara hidup yang tidak memperalat atau mengambil kesempatan terhadap ummah.

Pu Rahmat

Seorang lagi pengguna turut mempersoalkan tindakan tersebut dan mengaitkannya dengan tanggungjawab seorang imam.

Jabatan Agama Johor suruh cari jubah tu, kamu kata syarat jadi imam. Ya lah faham la syarat. Tapi Jabatan Agama tak suruh kamu ‘buka ruang infaq’ pergi e-begging belikan jubah kamu tu. Kamu guna dalil quran tolong menolong atas kebaikan dan taqwa, okay kalau macam tu kamu jadi imam tu tak usah la ambil elaun atau gaji. Kan solat kan urusan kebaikan dan taqwa. Kamu taknak tolong? Hakikatnya, tolong kamu tu, maksudnya ‘sila bagi duit kat saya. Tapi saya tak perlu keluar duit”

Malah ada juga yang membandingkan dengan amalan di tempat lain.

Dengar cerita belajar azhar. Pernah dengar ke imam masjid azhar minta sumbangan beli kakulah dan imamah mereka untuk buat solat jemaah?

Jubah yang ingin dibeli dikatakan bernilai sekitar RM580, sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen sama ada ia satu keperluan atau sebaliknya.

Namun dalam masa sama, ada juga yang mempertahankan tindakan tersebut sebagai satu usaha membuka ruang untuk orang ramai bersedekah.

Pssttt! Isu ini menunjukkan betapa sensitifnya perkara melibatkan agama dan sumbangan awam. Niat mungkin baik, tetapi cara penyampaian juga perlu dijaga supaya tidak menimbulkan salah faham. Dalam dunia hari ini, setiap tindakan mudah dinilai, jadi berhati-hatilah dalam setiap langkah.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top