29 Mac 2026 06:31pm
Masa membaca: 4 minit

Penduduk Laos dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga. – Agensi
VIENTIANE – Pihak berkuasa di Laos mengeluarkan amaran cuaca panas hingga sangat panas di seluruh negara, sambil menggesa orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga susulan suhu dijangka mencecah sehingga 40 darjah Celsius.
Menurut laporan Xinhua, sistem tekanan rendah sederhana hingga kuat yang digabungkan dengan angin barat kini menjejaskan kebanyakan kawasan di negara itu.
Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Laos dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan keadaan tersebut dijangka membawa cuaca panas meluas dengan jerebu kering berterusan sepanjang hari.
Beberapa wilayah diramalkan mengalami suhu puncak sehingga 40 darjah Celsius, menurut laporan berkenaan.
Pihak berkuasa turut memberi amaran mengenai peningkatan risiko akibat cuaca ekstrem itu, termasuk strok haba, kebakaran serta kemungkinan berlakunya litar pintas elektrik.
Jabatan berkenaan menasihatkan penduduk supaya mengehadkan aktiviti luar dalam tempoh lama, memastikan tubuh kekal terhidrat dan sentiasa peka terhadap perubahan keadaan cuaca. – Bernama
Ringkasan AI
- Pihak berkuasa di Laos mengeluarkan amaran cuaca panas hingga 40 darjah Celsius.
- Sistem tekanan rendah dan angin barat menjejaskan banyak kawasan di Laos.
- Cuaca panas dijangka meluas dengan jerebu kering berterusan. Amaran diberi mengenai risiko strok haba dan kebakaran.
- Penduduk dinasihatkan menghadkan aktiviti luar dan kekal terhidrat.



