Oh! Artis
Isu gambar Bella Astillah didakwa ditutup dalam foto keluarga Aliff Aziz cetus persoalan netizen.
Kecoh di Thread apabila netizen mempersoalkan tindakan ibu Aliff Aziz yang didakwa menutup gambar bekas menantunya, Bella Astillah dalam foto keluarga yang digantung di rumah.
BACA: “Politik Tak Kenal Erti Dosa” – Rakan Aliff Aziz Undang Perhatian Netizen, Sindir Siapa Tu?
Perkara itu mula disedari netizen selepas foto berkenaan dirakam secara tidak sengaja ketika Siti Hafiza Basharahil mengambil video menikmati makanan bersama keluarga.
Netizen dakwa foto Bella Astillah ditutup
Menerusi pemerhatian netizen, kedudukan atau suntingan dalam foto tersebut seolah-olah menyembunyikan Bella daripada paparan jelas dalam gambar keluarga itu.
Antara komen yang mencuri perhatian adalah reaksi netizen yang meluahkan rasa pelik dan terkejut melihat situasi tersebut.

Netizen mempertikaikan mengapa gambar itu tidak digantikan dengan gambar yang baru atau disunting menggunakan AI.


Untuk rekod, Aliff Aziz dan Bella Astillah bercerai selepas Aliff ditangkap khalwat bersama rakan baiknya sendiri iaitu Ruhainies.
Kini, Bella Astillah bahagia menjalani kehidupan baru dan Sabtu lalu telah selamat bertunang dengan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq.
Pssttt! Kadang-kadang perkara kecil seperti gambar pun boleh jadi besar bila melibatkan emosi dan hubungan kekeluargaan. Apa pun, setiap orang ada cara sendiri untuk ‘move on’, cuma mungkin lebih baik jika dilakukan dengan cara yang tidak mengundang persoalan ramai.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




