Dua Kali Lafaz Cerai, Aslam & Marissa Kembali Rujuk Bulan Sama

Dua Kali Lafaz Cerai, Aslam & Marissa Kembali Rujuk Bulan Sama

Suami kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania iaitu Aslam dilapor pernah melafazkan cerai terhadap isteri keduanya itu.

Memetik mStar Online, peguam syarie yang mewakilinya berkata Aslam dikatakan kembali rujuk pada bulan sama ketika kedua-dua lafaz dibuat pada September 2024 dan Jun 2025.

BACA: Abby Abadi Berangan Adakan Majlis Sanding Indah Buat Marissa

Pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini bagi prosedur pengesahan lafaz cerai dan permohonan pengesahan rujuk.

“Apabila disebut pengesahan, maka sudah ada lafaz cerai dan rujuk. Sama ada lafaz tersebut sah atau tidak, mahkamah akan putuskan,” katanya.

Sementara itu, peguamnya Muhammad Yaser turut menasihatkan orang ramai agar mematuhi prosedur undang-undang dalam urusan perkahwinan.

Tambahnya lagi, proses pengesahan menjadi lebih rumit berikutan ketiadaan sijil nikah pasangan berikutan perkahwinan dilakukan di Songkhla, Thailand.

“Nasihat saya, kalau nak nikah laksanakan dengan betul. Mahkamah telah sahkan perkahwinan mereka, tapi sijil nikah belum keluar sebab masih ada prosedur dan perbicaraan yang perlu dilalui.

“Permohonan lafaz dan rujuk kali ini agak rumit kerana belum ada sijil nikah, tapi saya cuba selesaikan segera,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top