“Daddy Sporting, Baik & Handsome” – Ayden Titip Pujian Buat Syed Saddiq

“Daddy Sporting, Baik & Handsome” – Ayden Titip Pujian Buat Syed Saddiq

Anak sulung kepada penyanyi Bella Astillah iaitu Ayden Adrean,9, meluahkan rasa syukur di atas berita gembira berkenaan pertunangan ibunya dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ayden memaklumkan dia kini memiliki keluarga kecil yang lengkap sekali gus memuji karakter Syed Saddiq.

Katanya, Syed Saddiq bukan sahaja seorang yang baik dan kacak tetapi juga seorang yang ‘open minded’.

“Saya sangat gembira dan berbangga apabila ahli keluarga kami bertambah seorang lagi dalam keluarga kecil kami.

“Daddy (panggilan buat Syed Saddiq) sangat sporting, baik hati dan handsome,” katanya.

Terdahulu, pada Sabtu, Syed Saddiq berkongsi mengenai berita pertunangannya bersama Bella Astillah menerusi muat naik di Instagram miliknya, sekali gus memohon doa daripada orang ramai agar majlis tersebut berjalan dengan lancar.

“I asked, she said yes. Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita.  Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.

“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati. Allah SWT sebaik-baik perancang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Sweet! Syed Saddiq Kongsi Video Melamar Bella Astillah Di Gunung Kinabalu

Scroll to Top