Diesel Singapura cecah SG$4.13 seliter akibat konflik Asia Barat

Diesel Singapura cecah SG.13 seliter akibat konflik Asia Barat

Singapura: Harga diesel di Singapura melonjak melepasi paras ambang SG$4 pada Isnin, mencecah SG$4.13 seliter bagi kebanyakan peruncit bahan api di republik itu.

Ini merupakan harga diesel tertinggi pernah direkodkan di republik itu susulan gangguan bekalan minyak mentah akibat konflik yang berterusan di Asia Barat.

Menurut laman sesawang pemantauan harga bahan api motorist.sg, harga diesel berada antara SG$3.73 dan SG$3.93 seliter pada 27 Mac lepas sebelum meningkat kepada antara SG$3.72 dan SG$4.13 pada Isnin.

Sementara itu, harga RON95 kekal stabil di seluruh republik itu dalam lingkungan antara SG$3.30 dan SG$3.42 seliter sejak beberapa hari lalu apabila minyak mentah Brent menunjukkan trend sedikit menurun.

Pada 10 pagi Selasa, harga penanda aras minyak mentah Brent turun 1.19 peratus kepada AS$111.4 setong.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top