Perlu ke bangkitkan isu lama? Marissa akui khilaf, tak dapat hak seorang isteri seadilnya

Perlu ke bangkitkan isu lama? Marissa akui khilaf, tak dapat hak seorang isteri seadilnya

Pempengaruh yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, iaitu Marissa Dania Hakim, 20, terus menjadi tumpuan ramai selepas mempersoal tindakan isteri pertama, Umisya, yang didakwa membangkitkan kisah lama sebelum pernikahannya dengan Ahmad Aslam.

Dalam kenyataannya di platform Threads, Marissa menegaskan beliau tidak pernah melakukan tindakan bersifat provokasi sejak bergelar isteri.

“Adakah wajar untuk terus membangkitkan perkara-perkara sebelum perkahwinan sedangkan saya tidak melakukan apa-apa selepas itu? Saya mengakui salah dan khilaf.
“Saya tidak mengganggu atau melakukan sebarang provokasi selepas bernikah,” katanya.

Marissa turut mendedahkan beliau tidak menerima hak sebagai seorang isteri sepenuhnya, tetapi memilih untuk berdiam diri dan tidak menuntut apa-apa.

Beliau juga menyuarakan rasa kecewa terhadap pihak yang menggunakan kelemahan dirinya sebagai umpan untuk meraih sokongan orang ramai.

Sebelum ini, Umisya mendedahkan sudah melakukan segala usaha dan tanggungjawab sebagai isteri termasuk menasihati pihak ketiga agar tidak meneruskan hubungan sulit.

Malah, pernah meminta keluarga Marissa membuat laporan polis bagi menghalang Aslam daripada terus mengganggu anak mereka.

Semalam, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang dibuat sebanyak dua kali iaitu pertama pada September 2024 sebelum kembali rujuk dalam bulan sama.

Artikel lain: Aslam, Marissa tak lewat daftar nikah, peguam tampil perbetulkan fakta – “Sijil nikah berjaya diperoleh”

Pasangan itu sekali lagi melafazkan cerai pada April 2025 serta difahamkan rujuk sekitar Jun tahun sama.

Marissa Dania merupakan isteri kedua Aslam selepas mereka bernikah di Thailand pada 27 Disember 2023 ketika Aslam sudah bergelar suami kepada Umisya sejak Julai 2020.

Pasangan ini juga pernah bercerai pada September 2023 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh idah.

Sumber: Threads marissadania_

Scroll to Top