Moscow: Sebuah pesawat tentera Antonov-26 milik Rusia terhempas ketika terbang di Semenanjung Crimea, mengorbankan 29 orang, lapor agensi berita TASS pada Rabu, memetik kementerian pertahanan Rusia.
“Pada 31 Mac kira-kira 18:00 waktu Moscow, hubungan terputus dengan pesawat pengangkutan tentera An-26 semasa ia dalam penerbangan berjadual di Semenanjung Crimea,” kata kementerian pertahanan.
“Pasukan mencari dan menyelamat menemukan lokasi nahas pesawat An-26. Menurut laporan dari tempat kejadian, enam anak kapal dan 23 penumpang di atas kapal terbunuh,” kata kementerian itu.
Tiada tanda-tanda hentaman luaran ditemukan pada bangkai pesawat, menurut sumber yang sama, yang menunjukkan pada peringkat ini bahawa kegagalan teknikal mungkin menyebabkan nahas itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




