Oh! Negara
MARA ambil anak mangsa kemalangan maut sebagai anak angkat, beri bantuan pendidikan jangka panjang.
Keprihatinan Majlis Amanah Rakyat (MARA) memaklumkan pihaknya akan membantu dua anak mangsa yang dirempuh pemandu mabuk baru-baru ini. Anak-anak ini kini diambil sebagai anak angkat di bawah Yayasan Pelajaran MARA (YPM).
Menurut Pengerusinya, Asyraf Wajdi Dusuki, bantuan ini bukan sekadar sementara tetapi satu komitmen jangka panjang demi memastikan masa depan pendidikan anak-anak ini terus terjamin.
MARA jamin pendidikan berterusan untuk masa depan
Kedua-dua anak tersebut akan menerima elaun bulanan sebanyak RM120 seorang ketika berada di sekolah rendah. Jumlah itu akan dinaikkan kepada RM150 apabila mereka melangkah ke sekolah menengah.
Dalam masa sama, MARA juga akan memastikan pemantauan berterusan dilakukan sehingga mereka menamatkan persekolahan. Ini menunjukkan usaha serius untuk menjaga kebajikan pendidikan mereka dari awal hingga ke akhir.
Kepada adik Aqif dan Atif, teruslah kuat dan tabah. Belajarlah bersungguh-sungguh dan jadilah kebanggaan keluarga. Insya-Allah, MARA akan sentiasa bersama kalian dalam membina masa depan yang lebih baik.
Tragedi ini bukan sahaja meragut nyawa seorang bapa, tetapi meninggalkan luka yang amat mendalam buat seluruh keluarga.- Katanya.
Ziarah keluarga dan beri sokongan emosi
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Faisalludin Mohamat Yusuff bersama Ketua UMNO Bahagian Larut, Mohammad Daud Mohd Yusoff telah mewakili Asyraf untuk menziarahi keluarga mangsa dan menyampaikan bantuan.
Saya sempat membuat panggilan video bersama ibu arwah, Puan Faridah tatkala ibu kepada anak-anak ini, Puan Nor Diana (Abdul Majid) keluar untuk menyelesaikan urusan arwah.
Dalam nada penuh sebak, beliau berkongsi bahawa arwah seorang anak yang baik dan sentiasa berusaha membahagiakan keluarga. Kehilangan ini bukan sekadar kehilangan seorang insan tetapi hilangnya tempat bergantung buat anak-anak yang masih kecil.- Katanya.
Tragedi menyayat hati di Klang
Untuk info, mangsa, Mohd Amirul Hafiz, 33, maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Raya Barat Klang.
Lebih menyedihkan, kenderaan tersebut dipercayai dipandu oleh seorang lelaki yang berada dalam keadaan mabuk serta di bawah pengaruh dadah. Arwah meninggalkan tiga orang anak, dengan dua daripadanya masih bersekolah rendah dan seorang lagi baru berusia dua tahun.
Pssttt! Kadang-kadang ujian datang tanpa diduga, tapi masih ada insan dan organisasi yang tampil membantu. Korang kalau ada peluang, hulurkanlah bantuan walaupun kecil, sebab mungkin itu yang jadi harapan besar untuk orang lain teruskan hidup.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!








