Seorang pekerja di D’Herbs Holding Sdn. Bhd. meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menunaikan ibadah umrah yang disifatkan sebagai hadiah atas dedikasi sepanjang tempoh perkhidmatannya di syarikat berkenaan.
Terima tawaran tunai umrah

Menerusi satu perkongsian di Threads, individu tersebut merakamkan penghargaan kepada majikannya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida atas peluang yang diberikan, selain menyifatkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya.

“Alhamdulillah, terima kasih dato dan datin,” ciapannya, hari ini.
Dalam masa sama, pekerja itu turut menyifatkan D’Herbs Holding Sdn. Bhd. sebagai antara syarikat terbaik yang pernah menjadi tempatnya mencari rezeki, selain menghargai budaya kerja yang disifatkan positif dan menyokong perkembangan pekerja.
“Kerja bukan sekadar tentang gaji, tetapi juga tentang berada dalam persekitaran yang sihat, where there’s respect, appreciation and growth opportunities.
“Tempat kerja yang baik membuatkan kita kekal bukan kerana kita terpaksa, tetapi kerana kita benar-benar mahu,” tambahnya lagi.

Perkongsian berkenaan turut menarik perhatian ramai yang memuji inisiatif syarikat dalam menghargai sumbangan pekerja, khususnya melalui ganjaran berbentuk pengalaman kerohanian seperti ibadah umrah.
Artikel lain: Didik anak kenal saudara, Shahida sanggup sewa homestay raya bersama – “Wajib ikut tak boleh tinggal”
Terdahulu, usahawan itu menerima pujian daripada orang ramai apabila berkongsi rutin dan tradisi keluarganya setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Difahamkan, setiap tahun mereka sekeluarga memilih untuk menyewa sebuah homestay sebelum berkumpul bersama ahli keluarga terdekat di Sungai Besar, Selangor.
Tujuan menyewa homestay untuk memudahkan urusan kunjungan tidak mahu anak-anak terlepas peluang untuk mengenali saudara-mara dengan lebih rapat memandangkan kebanyakan mereka jarang bertemu pada hari biasa.
Sumber: Threads syirah_azmi




