Oh! Tidak
Kes lelaki jual isteri kepada 120 lelaki di Sweden terbongkar, didakwa eksploitasi kejam dan rogol.
Seorang lelaki berusia 62 tahun tergamak bertindak kejam apabila ‘menjual’ isterinya sendiri kepada lebih 120 lelaki dalam satu kes yang mengejutkan di Sweden. Perbuatan tidak bermoral ini berlaku dalam tempoh beberapa tahun tanpa disedari ramai.
Kes ini terbongkar selepas mangsa tampil membuat aduan kepada pihak berkuasa di utara Sweden pada Oktober lalu, sekali gus membuka kepada siasatan lanjut terhadap kegiatan jijik tersebut.
Kegiatan terbongkar selepas isteri buat laporan

Menurut dokumen pendakwaan, lelaki itu dipercayai meraih keuntungan kewangan dengan memaksa isterinya menawarkan perkhidmatan seks kepada ramai lelaki. Lebih mengejutkan, dia sendiri menguruskan segala urusan termasuk iklan dan pertemuan.
Dia turut menghasilkan iklan dalam talian dan mengaturkan pertemuan dengan ‘pelanggan’ isterinya.- Katanya.
Difahamkan juga, mangsa berdepan kekerasan melampau setiap kali cuba melawan atau melarikan diri daripada situasi tersebut.
Lebih 120 lelaki dikenal pasti

Siasatan lanjut mendapati kira-kira 120 lelaki telah dikenal pasti sebagai ‘pelanggan’ dalam tempoh antara Ogos 2022 hingga Oktober 2025. Angka ini menunjukkan betapa lama penderitaan mangsa berlarutan.
Pendakwa raya turut menyifatkan kes ini sebagai satu bentuk eksploitasi yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Kini, tertuduh bukan sahaja didakwa atas kes berkaitan pelacuran, malah turut berdepan lapan pertuduhan rogol. Kes ini dijangka menjadi antara kes berat yang mendapat perhatian di Sweden.
Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan tahap penderaan yang serius dan memberi kesan mendalam kepada mangsa.
Pssttt! Kadang-kadang kita tak nampak apa yang orang lain lalui di sebalik kehidupan mereka. Jadi kalau nampak tanda-tanda penderaan atau sesuatu yang mencurigakan, jangan diam. Laporkan dan bantu selamatkan mangsa sebelum terlambat.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




