Dalam era digital hari ini, urusan memperbaharui insurans kenderaan tidak lagi memakan masa atau memerlukan kehadiran fizikal di kaunter.
Terdapat pelbagai platform tampil sebagai solusi moden yang memudahkan rakyat Malaysia membanding, memilih dan membeli insurans atau takaful kenderaan secara dalam talian.
Antara yang mencuri perhatian pengguna ialah BJAK yang ditubuhkan pada 2019 oleh usahawan tempatan, Low Wei. Platform itu kini turut melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa termasuk Taiwan, Jepun dan Thailand.
Pada Disember 2025, Low Wei dilaporkan berkata syarikat berkenaan mempertimbangkan untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) dalam tempoh dua tahun akan datang sebagai sebahagian daripada perancangan memasuki pasaran Eropah.
Perkembangan itu sekali gus mengukuhkan kedudukan BJAK sebagai antara platform insurans dan cukai jalan digital yang menonjol di Malaysia.
Selain BJAK, terdapat pelbagai lagi platform yang menawarkan perkhidmatan serupa. Salah satu pemain baharu yang semakin menempa nama ialah KAWKAW.MY.

Syarikat itu ditubuhkan pada 2024 dan kini beroperasi di Shah Alam dengan pemilikan 100 peratus Bumiputera.
Antara pengasas bersama KAWKAW.MY ialah pelakon terkenal, Zed Zaidi dan legenda bola sepak negara, Safee Sali.
Walaupun masih baharu, KAWKAW. MY telah mendapat permintaan covernote yang sangat banyak.
Dibangunkan oleh Kaw Kaw Sdn Bhd, platform itu menghimpunkan pelbagai pilihan perlindungan daripada syarikat insurans berlesen tempatan dalam satu sistem yang mudah digunakan.
Melaluinya, pengguna boleh membandingkan pelan secara telus, menyesuaikan perlindungan mengikut keperluan serta menyelesaikan pembelian dalam tempoh yang singkat.
Pendekatan ini sekali gus mengubah cara tradisional mendapatkan insurans yang sebelum ini sering dikaitkan dengan proses rumit, memakan masa dan kurang jelas dari segi pilihan serta harga.
KAWKAW.MY menekankan aspek ketelusan dan kemudahan kepada pengguna. Melalui fungsi perbandingan yang intuitif, pengguna boleh melihat pelbagai tawaran secara serentak dan membuat keputusan berdasarkan harga serta tahap perlindungan yang ditawarkan.

Selain itu, platform ini turut menawarkan pilihan antara insurans konvensional dan takaful, sekali gus memberikan fleksibiliti kepada pengguna mengikut keutamaan masing-masing.
Dari segi kecekapan pula, proses mendapatkan sebut harga dan polisi insurans baharu boleh diselesaikan dengan cepat hasil perkhidmatan yang efisien.
Platform itu juga membolehkan pengguna memperbaharui cukai jalan dalam satu sistem yang sama, menjadikannya sebagai penyelesaian sehenti untuk pemilik kenderaan.
Bagi membantu orang ramai merancang kewangan, KAWKAW.MY turut menawarkan kemudahan pembayaran seperti SPayLater dan Grab PayLater.
Secara keseluruhannya, platform ini membawa misi untuk mempermudah proses mendapatkan insurans kepada setiap pemandu di Malaysia dengan menawarkan pengalaman yang lebih cepat, telus dan mesra pengguna.
Dengan perkembangan teknologi serta perubahan tingkah laku pengguna yang semakin cenderung kepada penyelesaian digital, platform seperti BJAK, KAWKAW.MY dan lain-lain dijangka terus menjadi antara pilihan utama dalam industri insurans kenderaan tempatan.
Pilihan di tangan anda!




