“Hidup dengan suami aku dulu, dia kais pagi, malam kadang-kadang tiada apa nak makan”.
Demikian pendedahan pelakon Ozlynn Waty apabila berkongsi pengalamannya ketika mula-mula mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga pelawak dan penyampai radio popular, Johan.
Menurut Ozlynn atau Roslinawaty Ismail, dirinya pernah diberi nafkah sebanyak RM1 oleh suaminya itu.
Bagaimanapun, meskipun jumlah nafkah yang diterima pada ketika itu sedikit, dia tidak pernah merungut sebaliknya, menjadikan peluang itu untuk membantu suaminya.
“Hidup dengan suami aku dulu, dia kais pagi, malam kadang-kadang tiada apa nak makan. Tapi sebab kerja aku bagus, dapat tolong suami aku.
“Sampai pernah dia bagi nafkah kepada aku RM1 saja. Aku ambil duit itu, aku cakap ‘saya terima’ sambil senyum,” katanya di Threads.

Tersentuh dengan sikap suaminya yang tetap berusaha menunaikan tanggungjawab meskipun berdepan kekangan kewangan, Ozlynn mengakui sebak melihat kesungguhan pelawak itu mencari rezeki buat keluarga.
Jelas Ozlynn, dia tidak mampu menahan emosi apabila Johan memintanya mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.
“Dia suruh aku tolong doakan semoga Allah bantu dia Aku terus pergi masuk bilik air, aku nangis sampai sakit tekak aku.
“Bukan sebab jumlah nafkah, tapi cara dia merendahkan maruah dia depan aku. Dan aku nampak usaha dia cari rezeki. Maka aku doa, minta Allah bantu,” kongsinya.
Ozlynn berkongsi perkara tersebut selepas membaca luahan seorang wanita yang mendakwa hubungannya dengan suami menjadi dingin kerana tidak menerima nafkah secukupnya.

Artikel Berkaitan:“Menjalankan Tanggungjawab Sebagai Isteri & Ibu Adalah Ibadah Paling Mulia” – Ozlynn
Artikel Berkaitan: Kekasih Anak Sulung Ozlynn Peluk Islam – “Saya Seronok Menjalani Setiap Proses Menjadi Seorang Muslim”
Artikel Berkaitan: “Bila Ozlynn Keluar Rumah, Separuh Badan Dia Adalah Maruah Saya” – Johan Tegas Soal Tanggungjawab Suami




