Yusuf Bahrin Tak Sangka Rumah Tangga Dengan Zizi Kirana Berakhir | Oh! Artis – Oh! Media

Yusuf Bahrin Tak Sangka Rumah Tangga Dengan Zizi Kirana Berakhir | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Yusuf Bahrin akui tak sangka bercerai dengan Zizi Kirana selepas cuba selamatkan perkahwinan sejak 2021.


Pelakon Yusuf Bahrin mengakui dia langsung tak menjangka rumah tangga yang dibina bersama penyanyi Zizi Kirana akhirnya berakhir dengan perceraian. Perkara ini pastinya mengejutkan ramai peminat yang sebelum ini melihat pasangan ini cukup bahagia.

Menurut Yusuf, keputusan untuk berpisah dibuat selepas kedua-dua mereka berusaha mempertahankan perkahwinan sejak tahun 2021. Namun, tak semua yang dirancang akan berjalan seperti diharapkan.

Yusuf Bahrin akui sudah cuba selamatkan rumah tangga

Yusuf Bahrin

Yusuf menjelaskan bahawa mereka sudah melakukan yang terbaik untuk mempertahankan hubungan, namun akhirnya terpaksa menerima takdir yang telah ditentukan.

Hari ini adalah hari perceraian saya dengan bekas isteri saya, Zizi Kirana. Tak ada siapa dan tak ada satu pun pasangan dalam dunia ini yang sukakan perceraian.

Kami dah buat yang terbaik, kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan, tapi benda jadi macam ni.- Katanya.

Dalam masa sama, Yusuf turut mengakui bahawa pengakhiran ini adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga.

Punca perceraian dirahsiakan Yusuf dan Zizi

Yusuf Bahrin

Walaupun ramai yang tertanya-tanya, Yusuf memilih untuk tidak mendedahkan punca sebenar keretakan rumah tangga mereka. Apa yang penting, kedua-duanya berpisah secara baik tanpa sebarang dendam.

Tak apa, itu biar saya saja yang tahu, saya dengan dia je tahu. Kami berpisah secara baik dan tak ada permusuhan, tak ada apa-apa dendam, Alhamdulillah.- Katanya.

Sebelum ini, netizen mula menghidu masalah apabila mereka tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing-masing selain tidak menyambut Aidilfitri bersama.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan belum dikurniakan cahaya mata. Pasangan ini juga sah bercerai talak satu secara raj’ie di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis.

Pssttt! Kadang-kadang, sekuat mana pun kita cuba pertahankan sesuatu hubungan, kalau bukan jodoh tetap akan berakhir. Apa yang penting, berpisah dengan cara baik dan teruskan hidup dengan lebih kuat.

Kredit: Yusuf
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top