Iran serang fasiliti Amazon AS di Bahrain

Iran serang fasiliti Amazon AS di Bahrain
Iran serang fasiliti Amazon AS di Bahrain

Fasiliti perkhidmatan berasaskan awan milik Amazon di Bahrain menjadi sasaran bedilan serangan balas Iran.

MANAMA – Fasiliti perkhidmatan berasaskan awan milik Amazon di Bahrain menjadi sasaran bedilan serangan balas Iran pada Rabu.

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memberi amaran tegas kepada gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) termasuk Microsoft, Apple, Google dan Meta yang berpusat di negara Teluk.

Menurut laporan Financial Times (FT), serangan itu mengenai ibu pejabat Batelco yang merupakan penyedia telekomunikasi yang menguruskan sistem Amazon Web Services (AWS) di rantau Asia Barat.

Kementerian Dalam Negeri di Manama turut mengesahkan kejadian kebakaran di fasiliti berkenaan tanpa menyebut Amazon.

Difahamkan, ia bukanlah kali pertama serangan menyasarkan Amazon. Pada bulan lalu, perkhidmatan AWS dilaporkan mengalami gangguan akibat konflik di Asia Barat hingga ia mempertimbangkan langkah untuk memindahkan operasi ke lokasi lain.

Setakat ini, tahap kemusnahan sebenar di kemudahan berkenaan tidak didedahkan secara terperinci dan tiada firma gergasi teknologi lain yang dibedil. – Agensi

Scroll to Top