City Boys tak gentar berdepan JDT

City Boys tak gentar berdepan JDT

KUALA Lumpur City FC (KL City) tampil dengan pendekatan lebih berdisiplin di setiap posisi bagi mengekang kekuatan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam ini.Tonggak KL City, Giancarlo Gallifuoco menyifatkan pertemuan itu sebagai ujian besar dari aspek fizikal, mental dan keberanian, apatah lagi mereka bakal berdepan antara pasukan terbaik di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.Menurutnya, selain memperkemaskan taktikal, setiap pemain perlu memiliki mentaliti kental untuk menyaingi intensiti tinggi yang sering dipamerkan JDT sepanjang perlawanan.”JDT memiliki ramai pemain agresif dan tahan lasak. Mereka gemar mencipta situasi satu lawan satu dan menyukarkan kami menguasai bola.”Jadi kami perlu kekal fokus, berdisiplin serta bergerak sebagai satu unit tanpa rasa gentar,” katanya.Pemain kelahiran Australia itu turut mengakui sokongan padu penyokong menjadi antara faktor yang meningkatkan motivasi The City Boys untuk memberikan aksi terbaik.”Kami turun dengan keyakinan, walaupun ada ketika dianggap bukan pilihan. Bagi saya, taktikal itu penting, tetapi mentaliti memainkan peranan lebih besar.”Sepanjang hampir enam tahun bersama KL City dan beberapa kali berdepan JDT, saya belajar bahawa kelab serta penyokong akan sentiasa bersama kami selagi kami berjuang habis-habisan,” ujarnya.Selain pertemuan KL City dan JDT, satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Kuching City FC bertandang ke Stadium MBPJ untuk menentang Selangor FC, Ahad ini.

Scroll to Top