Di sebalik kemelut isu mahkamah melibatkan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura, perhatian netizen kini tertumpu kepada keadaan Fazura dan anaknya, Nur Fatima Aisya.
Terbaharu, satu perkongsian di media sosial oleh Fazura mengundang pelbagai reaksi apabila dia memuat naik ayat “La hawla wala quwwata illah بالله” yang bermaksud tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah.
Netizen luah sokongan dan doa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat dan doa buat Fazura serta anaknya.

Selain itu, ada juga netizen yang mengakui jarang mengikuti kisah selebriti namun tersentuh dengan situasi yang berlaku.
Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar Fazura terus dilindungi dan dipermudahkan segala urusan.
Terdahulu, isu hak lawatan anak menjadi perhatian apabila Fattah dilaporkan bakal memfailkan semula permohonan prosiding komital terhadap Fazura atas dakwaan melanggar perintah mahkamah.
Situasi ini secara tidak langsung mengundang perhatian ramai yang mula mengikuti perkembangan kedua-dua selebriti ini, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Pssttt! Apa pun yang berlaku, netizen jelas menunjukkan empati dan sokongan terutama apabila melibatkan anak kecil. Dalam situasi seperti ini, ketenangan dan kebajikan anak seharusnya menjadi keutamaan. Semoga segala urusan dipermudahkan dan berakhir dengan baik untuk semua pihak.
Kredit: Thread Fazura
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




