
Institut penyelidikan perubatan dan bangunan makmal di Universiti Beheshti, Teheran hampir musnah sepenuhnya dalam serangan yang berlaku awal Jumaat.
TEHERAN – [DIKEMAS KINI] Sebuah universiti terkemuka di Teheran, sekali lagi menjadi sasaran dalam serangan udara terbaharu yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Institut penyelidikan perubatan dan bangunan makmal di Universiti Beheshti hampir musnah sepenuhnya dalam serangan yang berlaku awal Jumaat, lapor Agensi Berita Tasnim.
Asrama pelajar di kampus universiti itu turut mengalami kerosakan teruk.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan, menurut Agensi Berita Tasnim.
Ini merupakan serangan terbaharu terhadap universiti di Teheran dan bandar-bandar lain sejak beberapa minggu kebelakangan ini, menurut laporan Iran.
Universiti Teknikal Isfahan dan Universiti Sains dan Teknologi di Teheran adalah antara sasaran serangan Israel-AS. – Bernama



