“Lindungi Anak Dari Kejahatan” – Linda Jasmine Beri Bayangan Punca Cerai Que Haidar

“Lindungi Anak Dari Kejahatan” – Linda Jasmine Beri Bayangan Punca Cerai Que Haidar

Jawapan balas guru tari profesional, Linda Jasmine mengejutkan ramai apabila ada individu menyuarakan agar dia kembali rujuk dengan bekas suami, Que Haidar.

Menerusi komen di TikTok, individu tersebut berharap agar Linda bersatu kembali dengan Que demi kebaikan bersama.

BACA: Que Haidar Hanya Berkawan Dengan Fazura, Akui Segan Tiap Kali Jumpa

Bagaimanapun, Linda membalas dia melindungi anak-anak daripada perkara jahat dan disebabkan itu dia berpisah dengan Que.

“Ya, I am protecting them from evil (saya melindungi mereka daripada kejahatan)… that’s why i divorced him (sebab itu saya bercerai dengan dia) #ytjt,” tulisnya.

Terdahulu, Que dan Linda sah berpisah pada Julai 2024 selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13 tahun.


Scroll to Top