Oh! Tidak
Teguran berakhir tragedi apabila pengawal keselamatan maut dipukul di Bukit Raja, suspek kini direman bantu siasatan.
Terkini! Seorang pengawal keselamatan maut selepas dipukul gara-gara menegur seorang lelaki yang sedang minum.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Polis S Vijaya Rao berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika mangsa berusia 40 tahun sedang menjalankan rondaan di taman perumahan di Bandar Bukit Raja, Klang.
Perselisihan bertukar pergaduhan

Teguran membawa kepada perselisihan menyebabkan mangsa diserang menggunakan objek tumpul.
Mangsa yang mengalami kecederaan akibat serangan fizikal telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 4.18 pagi ketika menerima rawatan.
Suspek ditahan, ada rekod jenayah

Susulan kejadian, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an kira-kira jam 10 pagi di Bukit Raja.
Polis turut merampas sebatang besi pengunci kereta yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
Semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod lampau jenayah serta dua rekod berkaitan dadah.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pssttt! Kadang-kadang perkara kecil seperti teguran boleh bertukar menjadi tragedi jika emosi tidak dikawal. Dalam situasi seperti ini, kawalan diri sangat penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Semoga keluarga mangsa diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




