“Perancangan Allah Luar Biasa, Kita Redha” – Shuib Dan Watie Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

“Perancangan Allah Luar Biasa, Kita Redha” – Shuib Dan Watie Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

Oh! Artis

Shuib timang cahaya mata perempuan, kongsi detik kelahiran penuh syukur bersama isteri Watie.


Berita gembira buat pelawak dan usahawan, Shuib apabila isteri selamat melahirkan cahaya mata perempuan petang tadi.

BACA: “Anak Yang Buat Mummy Terdetik Nak Ada Baby Dari Rahim Sendiri” – Luahan Watie Buat Ayash Affan

Perkongsian tersebut dimuat naik di Instagram dan terus dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti.

Lahir tepat jam 3.47 petang

Shuib

Menerusi kapsyen yang dikongsikan, Shuib memaklumkan bayi perempuan mereka selamat dilahirkan pada Isnin, 6 April 2026 sekitar jam 3.47 petang.

Detik kelahiran tersebut pastinya menjadi momen paling bermakna buat pasangan ini yang sebelum ini sering berkongsi perjalanan kehidupan mereka bersama.

Alhamdulillah, Isnin, 6 April 2026, tepat pukul 3.47 petang lahirnya puteri daddy dan mummy. Terima kasih sayang @iamwatie, jadi seorang wanita yang sangat luar biasa!!! Alhamdulillah semuanya cukup senang dan dipermudahkan. Perancangan Allah luar biasa, kita redho, kita tawakal dan bersyukur selalu. Terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga.Selamat datang #ajz #pershuibofhappyness

Dalam masa sama, Shuib turut meluahkan rasa penghargaan kepada isterinya yang disifatkan sebagai wanita hebat.

Beliau juga menyatakan rasa syukur atas segala urusan yang dipermudahkan serta menganggap kelahiran ini sebagai perancangan indah daripada Allah.

Pssttt! Setiap kelahiran adalah satu rezeki yang tak ternilai. Momen macam ni memang cukup menyentuh hati, lebih-lebih lagi bila kita nampak sendiri perjalanan seseorang membina keluarga baru. Tahniah buat Shuib dan Watie, semoga anak ini membesar dengan sihat dan jadi penyejuk hati kedua ibu bapa.

Kredit: Instagram Shuib
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top