
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin.
NIAGA hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin.
Pada 10.06 pagi, kontrak April 2026 merosot 4.5 mata kepada 1,695.5, Mei dan September 2026, masing-masing berkurangan 5.5 mata kepada 1,695.5 dan 1,675.0 serta Jun 2026 menurun 5.0 mata kepada 1,693.5.
Jumlah dagangan sebanyak 1,194 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 33,574 kontrak.
Pada 10.09 pagi, FBM KLCI berkurangan 3.38 mata kepada 1,692.12 daripada 1,695.50 semasa ditutup pada Jumaat lepas. – Bernama



