Baru-baru ini, suami kepada pelakon Ardell Aryana iaitu Nadzmi Adhwa dipersoal kerana membenarkan isterinya menyertai misi kemanusiaan, Global Sumud Flotilla 2.0.
Ada segelintir berpendapat, selepas apa yang dilalui sebelum ini, Ardell sepatutnya tidak menyertainya lagi.
PU Rahmat Ikhsan ‘sound’ netizen
Terbaru, pendakwah bebas PU Rahmat Ikhsan tampil bersuara dan memberikan pandangannya. PU Rahmat Ikhsan menegaskan bahawa setiap suami mempunyai hak untuk menentukan keputusan dalam rumah tangga masing-masing.

Namun, beliau secara tegas meminta agar orang ramai tidak menghalang Nadzmi Adhwa daripada membenarkan isterinya menyertai misi tersebut.
Dalam masa sama, PU Rahmat Ikhsan turut menyentuh isu aurat dan ikhtilat yang sering menjadi perdebatan dalam kalangan netizen.
Menurutnya, Ardell menjaga maruah dan batas dirinya sepanjang menyertai misi tersebut.
PU Rahmat rujuk pandangan Mufti
Bagi menguatkan hujah, PU Rahmat Ikhsan turut berkongsi rujukan daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Pssttt! Isu ini jelas menunjukkan bagaimana sesuatu perkara boleh jadi sensitif bila melibatkan agama dan pandangan hidup. Tapi dalam masa sama, kita kena belajar untuk hormat pilihan orang lain. Tak semua orang pilih jalan yang sama, tapi mungkin tujuan mereka tetap satu iaitu untuk buat kebaikan.
Kredit: Thread @rahmat.ikhsan.official
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




