“Sekarang Fokus Pada Misi Kemanusiaan” – Zizi Kirana Harap Tiada Perbalahan

“Sekarang Fokus Pada Misi Kemanusiaan” – Zizi Kirana Harap Tiada Perbalahan

Penyanyi Zizi Kirana tampil memberikan pendapatnya mengenai misi Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) yang menjadi bualan ramai di media sosial.

Menerusi hantaran di Threads, Zizi berkata setiap perkara melibatkan mizi mempunyai garis panduan yang telah pun dijelaskan oleh oleh pihak berautoriti.

BACA: “Saya Tak Tahu Punca Zizi Kirana Failkan Perceraian”

“Setiap perkara ada panduan dan pertimbangannya dan ia telah pun dijelaskan oleh pihak berautoriti,” tulisnya.

Sementara itu, Zizi turut meminta orang ramai untuk fokus kepada tujuan sebenar pada misi kemanusiaan iaitu solidariti untuk saudara di G4z4.

“Sekarang, kembalikan fokus kepada tujuan sebenar,misi kemanusiaan ini, solidariti untuk Palestine dan usaha membawa suara mereka ke pentas dunia.

“Kita tak perlukan perbalahan. Kita perlukan kesatuan, kekuatan, dan tindakan. Kekal SUMUD gais!” tulisnya.


Scroll to Top