Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa syukur dan gembira apabila dapat meluangkan masa bersama anak tunggalnya, Hawra Uqaira.
Menerusi perkongsian di Instagram, Kamal, 39, kelihatan berkongsi beberapa foto momen indah miliknya ketika membawa Hawra ke sebuah pusat permainan kanak-kanak sambil mengenakan busana baju Melayu.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri dari ayah dan Hawra Uqaira! Maaf zahir dan batin ya,” katanya.
Dalam hantaran sama juga, Kamal turut menitipkan ucapan terim akasih buat bekas isterinya, Uqasha Senrose kerana memberikan peluang untuknya menghabiskan masa bersama anak mereka.
“Alhamdulillah, yeay! Thank you so much Ibu,” luahnya.




