Duit Banyak Habis Untuk Raya? Ini Cara Mudah Ganti Balik Perbelanjaan Tanpa Rasa Tertekan! | Branded – Oh! Media

Duit Banyak Habis Untuk Raya? Ini Cara Mudah Ganti Balik Perbelanjaan Tanpa Rasa Tertekan! | Branded – Oh! Media

Kemeriahan sambutan Hari Raya masih lagi dirasai. Kami yakin sekarang ini semua orang tengah sibuk menghadiri atau menganjurkan rumah terbuka. 

Maklumlah, Raya kan sebulan!

Tapi! Dalam pada tengah syok melayan ketupat dan rendang tu, mesti ada yang dah mula garu kepala tengok baki dalam akaun bank, kan? 

Bila difikirkan balik, perbelanjaan sepanjang musim perayaan ini bukan biasa-biasa! Dari kos balik kampung hinggalah ke duit raya, semuanya membuatkan poket makin menipis. 

Tak apa, jangan risau, daripada korang resah gelisah sendiri, apa kata korang bounce back! Caranya mudah: Tukarkan kendaraan anda  menjadi mesin buat duit! 

Dari Besar Ke Kecil, Semua Jenis Kenderaan Boleh Jana Pendapatan!

Tak kisahlah korang ada motor, kereta, van, atau lori, korang boleh buat duit dengan kenderaan yang sedia ada! Macam mana? 

Mudah saja, daftar sebagai rakan pemandu Lalamove menerusi aplikasi Lalamove Driver! 

Tak kisahlah penghantaran barang atau perkhidmatan e-hailing, korang boleh jana duit setiap kali tugasan selesai. 

Apa yang membuatkan jadi pemandu Lalamove ni best adalah: 

Masa Yang Fleksibel: kalau tak ada masa atau dah penat, korang boleh berehat dan sambung bila ada masa yang sesuai. Tak ada had dan jadual

Sesuai Untuk Semua: tak kira korang pelajar yang tengah cari duit untuk belanja atau pekerja tetap yang nak buat duit tepi, korang boleh je join jadi pemandu Lalamove

Pendapatan Segera: setiap tugasan dan pesanan yang berjaya diselesaikan, duit akan terus masuk poket

Bestkan? Jadi, dah tak perlu resah gelisah fikir apa yang nak dicatu sampai tunggu gaji baru masuk. Join je rakan pemandu Lalamove dan jana pendapatan ekstra! 

Bawa Pulang Hadiah Lumayan Bernilai RM25,000 Dengan Misi Poket Penuh

Dah alang-alang korang jadi rakan pemandu Lalamove, tahu tak korang berpeluang untuk bawa pulang hadiah lumayan bernilai RM25,000? 

Seriuslah?!

Sempena musim perayaan ini, Lalamove hadir dengan kempen “Misi Poket Penuh” yang berlangsung dari 1 April hingga 30 April 2026. 

50 rakan pemandu dengan jumlah pesanan tertinggi sepanjang tempoh kempen bakal membawa pulang hadiah lumayan! 

Ini bermaksud, setiap pesanan yang korang dah selesaikan bukan setakat jana pendapatan semata, tapi juga berpeluang memenangi bonus duit raya!

Cara nak sertai kempen ini pun mudah saja. Tersedia untuk rakan pemandu sedia ada atau baru, jom ikut langkah mudah di bawah: 

Rakan Pemandu Sedia Ada

Langkah 1: layari laman web kempen Misi Poket Penuh

Langkah 2: isi butiran peribadi untuk pendaftaran

Langkah 3: tunggu SMS pengesahan

Langkah 4: mula ambil pesanan dan kumpul seberapa banyak tugasan yang boleh

Rakan Pemandu Baru

Langkah 1: muat turun aplikasi Lalamove Driver di Apps Store atau Google Play

Langkah 2: daftar dan lengkapkan pengesahan pemandu

Langkah 3: daftar penyertaan di laman web kempen

Langkah 4: dapatkan SMS pengesahan dan dah boleh mula cari tugasan

Dah kata, senang kacang saja kan? Peluang macam ni tak selalu ada tau, jadi cepat rebut sekarang! 

Tips tambahan: Musim perayaan ni mesti ramai yang perlukan khidmat penghantaran, jadi korang perlu bijak ambil peluang okay!

Buat Duit Tepi Dengan Lalamove, Mudah & Fleskibel

Tak kisahlah musim perayaan atau hari biasa, kalau korang ingin jana pendapatan lebih tanpa perlu terikat dengan masa, Lalamove adalah jawapan yang tepat. 

Semua kenderaan boleh sertai. Mudah dan paling penting tidak terikat dengan masa! 

Untuk korang yang memang nak buat side income, ini adalah peluang yang perlu diambil. Dalam masa sama, jangan lupa sertai Misi Poket Penuh!  

Mana tahu boleh menang dan tambah duit dalam akaun lepas Raya ni!

Layari laman web rasmi Misi Poket Penuh atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.

author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top