“Kos Insurans Dah Melepasi 100 Peratus” – PMX Perjelas Isu Kenaikan Harga Minyak Di Malaysia

“Kos Insurans Dah Melepasi 100 Peratus” – PMX Perjelas Isu Kenaikan Harga Minyak Di Malaysia

Oh! Negara

PMX, Anwar Ibrahim dedah kos insurans dan pengangkutan meningkat lebih 100 peratus akibat krisis global.


Kenaikan harga minyak yang dirasai rakyat sekarang membuatkan ramai tertanya-tanya apa punca sebenarnya?

Ada yang berpendapat bekalan bahan api tak cukup, tapi realitinya isu ini lebih kompleks daripada itu.

Kos melambung walaupun bekalan masih ada

Terbaru, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menerusi laporan Harian Metro menjelaskan, kenaikan harga minyak sebenarnya berpunca daripada peningkatan pelbagai kos lain seperti insurans dan pengangkutan yang semakin tinggi akibat konflik global.

Menurut beliau, walaupun laluan penghantaran minyak sudah mula kembali lancar, kos yang terlibat tetap meningkat dan memberi kesan kepada harga keseluruhan.

Kalau soal laluan, Alhamdulillah hubungan baik kita dengan Iran menyebabkan kapal Petronas sudah melepasi dan dalam beberapa hari lagi akan sampai ke Pengerang, insya-Allah.

Namun, jelasnya minyak yang diperoleh sebelum konflik kini menelan kos lebih tinggi selepas terkandas di Selat Hormuz.

Tetapi, ia tidak berakhir di situ. Kos minyak yang lama, yang diambil sebelum perang, tersangkut di Selat Hormuz dan sekarang beralih ke Pengerang, itu kosnya meningkat kerana kos insurans itu sudah melepasi 100 peratus, kos pengangkutan sendiri juga bertambah.

Tambah Anwar lagi, kesan konflik melibatkan beberapa negara besar bukan sesuatu yang boleh pulih dalam masa singkat.

Pmx

Malah, ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun sebelum kembali stabil sepenuhnya.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan oleh Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani yang melihat kerosakan terhadap operasi gas sebagai satu isu besar.

Kalau pun selesai perang esok, menurut Emir Qatar yang maklum langsung pada saya, dia kata, ‘saudara Anwar, ia akan mengambil sekurang-kurangnya tiga tahun untuk melaksanakan sebahagian kerja pembaikan bagi membolehkan operasi gas berjalan dan mungkin antara tiga hingga lima tahun untuk mencapai operasi sepenuhnya’.

Dalam ucapan itu, Perdana Menteri turut menegaskan situasi Malaysia masih belum berada di tahap kritikal seperti di beberapa negara lain.

Jadi yang ditekankan dalam masalah ini, masalah ini berlaku. Hari ini kita bersyukurlah. Ada orang kata, ‘Apa Anwar ini, dalam keadaan ekonomi susah, harga diesel naik, suruh kita bersyukur’. Itu pun satu masalah juga fahaman. Bersyukur ni kita masih bernafas, kita masih hidup, kita masih sihat. Ekonomi kita tak teruk macam negara jiran, belum beratur lagi di stesen minyak, belum tutup lagi 400 stesen minyak, belum terpaksa berjalan bekerja ke pejabat.

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu memahami bahawa bersyukur adalah melihat keadaan semasa yang masih stabil walaupun berdepan tekanan ekonomi.

Pssttt! Kadang-kadang kita nampak harga naik, terus salahkan bekalan atau kerajaan semata-mata. Tapi realitinya, banyak faktor global yang kita tak nampak sebenarnya sedang beri kesan. Apa pun, dalam keadaan sekarang, penting untuk kita lebih berjimat dan bersedia hadapi kemungkinan harga terus berubah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top