Pelakon Izara Aishah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya dalam suasana penuh kegembiraan.
Selamat bersalin anak ketiga
Screenshot
Berita gembira itu turut dikongsikan oleh penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza yang juga merupakan ibu mentua kepada Izara, sekali gus menzahirkan rasa syukur dan bahagia atas kelahiran ahli baharu dalam keluarga mereka.
“Alhamdulillah, bertambah lagi puteri dalam keluarga kami,” katanya ringkas.
Screenshot
Artikel lain: Guna istilah ‘jakun’, Izara Aishah nafi hina suku kaum Orang Asli
Ucapan tersebut dimuat naik oleh Siti menerusi InstaStory miliknya pada Khamis. Namun, pelantun lagu Beraya Dengan Saya itu tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai bayi yang baru sahaja dilahirkan itu.
Sebelum ini, berita kehamilan Izara dikongsikan pada 1 Februari lalu menerusi satu perkongsian bersama jenama fesyen yang bekerjasama dengannya untuk koleksi Hari Raya.
Untuk rekod, Izara atau nama penuhnya Izara Aishah Hisham, 34, mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017. Pasangan itu turut dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2 tahun.
Sumber: Instagram ctdk



