Waran tangkap dikeluarkan terhadap bekas PM Nepal Deuba, isteri

Waran tangkap dikeluarkan terhadap bekas PM Nepal Deuba, isteri
Waran tangkap dikeluarkan terhadap bekas PM Nepal Deuba, isteri

Sher Bahadur Deuba (kiri) dan isterinya Arzu Rana Deuba dituduh atas kesalahan pengubahan wang haram – Foto: Agensi

KATHMANDU – Waran tangkap dikeluarkan terhadap bekas Perdana Menteri Nepal Sher Bahadur Deuba dan isterinya Arzu Rana Deuba, atas tuduhan pengubahan wang haram, kata seorang pegawai pada Khamis, lapor Xinhua.

Mahkamah Daerah Kathmandu mengeluarkan waran itu susulan permohonan daripada Jabatan Siasatan Pengubahan Wang Haram.

“Mahkamah daerah mengeluarkan waran tangkap terhadap pasangan Deuba. Bagaimanapun, mereka kini berada di luar negara,” kata seorang pegawai jabatan itu kepada Xinhua.

Satu suruhanjaya siasatan yang ditubuhkan bagi menyiasat kekejaman negara, kejadian bakar dan kemusnahan semasa protes Gen Z pada September lalu turut mengesyorkan agar kerajaan menyiasat harta keluarga Deuba. – Bernama

Scroll to Top