Muat Naik Foto Berbaju Melayu, Jefri Nichol Tegur DMA Islam Minta ‘Stretching’ Sebelum Ambil Gambar

Muat Naik Foto Berbaju Melayu, Jefri Nichol Tegur DMA Islam Minta ‘Stretching’ Sebelum Ambil Gambar

Pempengaruh media sosial sensasi, DMA Islam sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa foto dirinya tampil segak mengenakan baju Melayu lengkap bersampin hitam di media sosial.

Namun begitu, gaya yang ditampilkan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, malah ada yang mendakwa ia sekadar strategi untuk meraih publisiti.

Meskipun tidak meletakkan apa-apa kapsyen pada hantaran berkenaan, namun perkongsian itu tetap mencuri perhatian ramai termasuk pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol yang sempat meninggalkan komen bersahaja.

“Tak nak strectching dulu ke bang sebelum ambil gambar?,” soalnya.

Threads

 

Selain Jefri, Kamal Adli juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan respons pada muat naik gambar tersebut.

“Abang menekan sangat masa ambil gambar  ni bang. Habis dagu dan leher bersambung,” selorohnya.

 

Scroll to Top