'Tuntutan tak munasabah' AS gagalkan rundingan – Iran

'Tuntutan tak munasabah' AS gagalkan rundingan – Iran

Tehran: “Tuntutan yang tidak munasabah” oleh Amerika Syarikat (AS) menggagalkan rundingan di Islamabad untuk menamatkan perang di Timur Tengah, kata penyiar kerajaan Iran, IRIB pada hari Ahad.

“Delegasi Iran berunding secara berterusan dan intensif selama 21 jam untuk melindungi kepentingan negara rakyat Iran; meskipun terdapat pelbagai inisiatif daripada delegasi Iran, tuntutan yang tidak munasabah daripada pihak Amerika menghalang kemajuan rundingan. Oleh itu, rundingan berakhir,” kata IRIB di Telegram.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top