Penyanyi dan pelakon, Heliza Helmi bersama adiknya, Hazwani Helmi menyifatkan penyertaan mereka dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 sebagai satu bentuk jiwa perjuangan yang membawa doa serta harapan dari Malaysia.
Sumud bukan sekadar perkataan
Menerusi perkongsian video di Instagram, kedua-dua beradik itu menegaskan bahawa “sumud” bukan sekadar perkataan, sebaliknya melambangkan kekuatan dan ketabahan perjuangan yang telah berlangsung sekian lama.
“Sumud, Sumud, Sumud, apa itu Sumud? Sumud adalah bukan perkataan. Sumud adalah jiwa perjuangan.
“Sumud ini adalah gambaran kekuatan warga Palestin yang dah hampir lapan dekad berjuang. Sumud adalah harapan tatkala dunia sedang membisu.
“Insya-Allah, kami akan berlayar membawa doa kalian serta cinta kalian untuk Palestin. Ini juga adalah doa mereka dan kita kena bersatu dalam perjuangan ini,” kata mereka.
Bersemangat galas amanah
Dalam pada itu, Heliza dan Hazwani yang dilihat berada di atas kapal layar dilihat bersemangat tinggi bagi menggalas amanah membawa mesej solidariti dari rakyat Malaysia.

Semoga urusan semua dipermudah
Menjengah ke ruangan komen ramai yang tampil memberikan sokongan dan doa agar misi GSF 2.0 berjalan lancar serta semua peserta selamat kembali ke tanah air.
Ada diantara mereka menyatakan semangat dan mendoakan kelancaran misi berkenaan.

Hati-hati & semoga selamat sampai

Semoga wanita Islam terus dijaga

Selain Heliza dan Hazwani, misi GSF 2.0 ini turut disertai oleh Ardell Aryana dan Haroqs.
Difahamkan, misi tersebut melibatkan lebih 80 kapal dan lebih 1,000 peserta dari seluruh dunia yang membawa misi kemanusiaan serta bantuan asas kepada masyarakat terjejas.
Sumber: Instagram helizahelmi




