nfazlina@nstp.com.my
Kota Bharu: Jenazah pelajar tingkatan satu yang maut dilanggar di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas, di sini selamat dikebumikan, 9 malam tadi.
Jenazah Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gayong dekat Taman Uda Murni di sebelah pusara ibunya, Siti Maheran Noor yang meninggal dunia, lima tahun lalu.
Kira-kira 200 ahli keluarga, jiran, kenalan, guru dan rakan arwah berkumpul mengiringi perjalanan akhir Allahyarham.
Terdahulu, media melaporkan Nur Fatimatul Hawa meninggal dunia, manakala seorang pelajar lagi parah selepas dilanggar kenderaan dipandu wanita di hadapan surau sekolah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri dilaporkan berkata, siasatan awal kejadian jam 1.50 tengah hari itu mendapati pemandu wanita dipercayai tertekan pedal minyak dan menyebabkan kenderaannya terbabas hingga melanggar mangsa.
Berita Berkaitan
- Pelajar perempuan maut dipercayai dilanggar dalam kawasan sekolah
- Pemandu wanita didakwa tertekan pedal minyak rempuh pelajar hingga maut
- Pelajar maut dilanggar di sekolah, KPM laksana siasatan dalaman
- PM ucap takziah kemalangan ragut nyawa pelajar Tingkatan Satu, perlu jadi pengajaran
© New Straits Times Press (M) Bhd




